Isteri Musa Hassan mohon cerai

Isteri bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Elly Afizahwati Abdul JalilĀ  memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Elly, 42, membuat permohonan itu atas alasan shiqaq (perbalahan berpanjangan) dengan Musa yang dikahwininya 10 tahun lalu, menurut laporan media.

Dia diwakili peguam syarie, Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.

Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Elly turut menafikan bahawa beliau menularkan klip video di Twitter yang memaparkan Musa bertindak kasar ke atas dirinya.

“Bukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Saya sama sekali tidak berniat menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak,”kata Elly.

Ā