Ketua Menteri Melaka baru angkat sumpah petang esok

Ketua Menteri Melaka baru akan mengangkat sumpah petang esok, umum setiausaha kerajaan Melaka Datuk Zaidi Johari.

Zaidi turut mengesahkan bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah menerima surat peletakan jawatan dari Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri Melaka ke 12.

“Majlis penyerahan surat pelantikan dan angkat sumpah taat setia dan kerahsiaan Ketua Menteri ke-13 dijadualkan berlangsung pada pukul 3 pada hari Jumaat 31 Mac 2023 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Spekulasi pelantikan ketua menteri baru tular sebelum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman semalam.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diuar-uarkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Melaka.

Beliau merupakan Adun Tanjung Bidara, ketua badan perhubungan Umno Melaka dan BN Melaka.

Pilihan raya negeri Melaka pada 2021 juga kerana usaha untuk menukar Sulaiman. Walau bagaimanapun ia tidak terjadi.

BN berjaya memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya tersebut.

Kerajaan Melaka yang menuruti konsep kerajaan perpaduan di peringkat pusat mempunyai majoriti 26 daripada keseluruhan 28 kerusi.

Baki dua kerusi diwakili oleh Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Raif ialah calon ketua menteri Melaka. Beliau turut memaklumkan kepada bahawa Sulaiman meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.

BACA JUGA: Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sah letak jawatan