(VIDEO) Khalid beri gred A pencapaian Kerajaan Perpaduan

EKSKLUSIF | Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad memberikan gred A kepada pencapaian 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ukuran itu diberi berdasarkan penetapan hala tuju negara yang jelas dan tepat di samping mempunyai banyak pencapaian membanggakan namun terpaksa mengharungi cabaran dalam membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya penyatuan dan kebersamaan pelbagai gabungan parti politik negara pastinya mempunyai cabaran tersendiri bagi memastikan kerajaan yang dibentuk boleh terus berfungsi dan ditadbir tanpa sebarang gangguan.

EDITOR: HELMI MOHD FOAD | WARTAWAN: AMIRUL AZHAN | JURUKAMERA: WAN ZAHARI WAN SALLEH

EDITOR VIDEO: MOHD NUR AZWAN NUSI

BACA JUGA: Khalid sekolahkan pemimpin PN, tugas pembangkang bukan kerja ‘tebuk atap’