Usia kenderaan untuk teksi, e-hailing lanjut kepada 15 tahun

Mulai hari ini, had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun.

Pelanjutan tersebut selaras hasrat Kementerian Pengangkutan yang mahu melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan hari ini berkata, had usia teksi dan e-hailing itu diguna pakai bagi kedua-dua kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan Labuan dengan mematuhi tiga syarat.

“Pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.

“Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer).

“Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin,” jelas APAD lagi.

BACA JUGA 21.5 juta telur diedar, FAMA jamin Aidilfitri cukup bekalan telur

Â