Negara ada calon terbaik untuk Olimpik Paris 2024, Lan Propa

Kerajaan dicadangkan agar menghantar pemandu teksi dari Skudai, Johor, Norazlan Ismail untuk mewakili negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Ini berikutan kejayaannya berjalan sejauh 339 km tanpa henti selama tiga hari berturut-turut dari Skudai ke Istana Negara.

Cadangan ini dibuat berikutan ‘kejayaan’ Norazlan yang mendakwa beliau berjalan kaki tanpa henti dari Tol Skudai ke Istana Negara semalam.

“Should send him to Olympic Paris 2024. He is our real gem,” tulis Roman Akramovich melalui Twitter beliau yang bermaksud “Patut hantar dia ke Olimpik Paris 2024. Dia adalah permata kita yang sebenar”.

Roman membandingkan keadaan atlet Olimpic yang letih lesu selepas berjalan 42km berbanding Norazlan yang berpakaian sut lengkap bertali leher selepas berjalan 339 km apabila sampai ke Kuala Lumpur. (GAMBAR ATAS)

Namun satu akaun Facebook lagi, The Alternatif menamakan Azlan sebagai LanPropa untuk dihantar bertanding dalam sukan Olimpik di Paris itu.

Seorang lagi aktivis media sosial, Abdul Rani Kulup Fans yang merupakan seorang bekas tentera cuba menyorot lebih jauh lagi perkara ini.

“Tahu-tahu dah sampai. Dia ikot jalan dalam ke? Tak nampak pun kat highway Nilai – Sg Besi dia jalan kaki,” tulis beliau.

Beliau membandingkan seorang anggota Komando yang berjalan kaki sejauh 160 km dengan LanPropa ini.

“Kau nak masuk Komando, jalan kaki 160 km, kau tengok muka komando ini bila sampai.

“Muka hitam lunyai, tapak kaki hancur. Ni relaks je pakai blazer…kikiki,” kata beliau menyindir Norazlan apakah benar sebagaimana yang didakwanya.

Berapa hari sebenarnya LanPropa berjalan…

 

Seorang lagi aktivis media sosial pula membandingkan berita-berita yang melaporkan tentang Azlan.

“Berapa hari sebenarnya? 3, 5, 6 atau 7,” tanya Ahmad Munsif tentang jumlah hari yang diambil oleh Norazlan untuk berjalan kaki dari Skudai ke Istana Negara.

Ini kerana, empat media yang membuat laporan mengenai Norazlan ini membuat laporan yang berbeza.

Malaysia Gezette melaporkan beliau berjalan selama tiga hari dari Skudai ke Istana Negara manakala Harian Metro pula melaporkan dia berjalan selama lima hari.

BFM News pula melaporkan dia mengambil masa enam hari untuk sampai manakala bekas Menteri Komunikasi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula berkata tujuh hari.

Jadi benarlah sebenarnya, Norazlan ini hanya Lan Propa sahaja kerana beliau berbuat demikian dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) untuk promosikan kempen mereka agar kerajaan membenarkan wang KWSP dikeluarkan.

 

BACA JUGA Lelaki jalan kaki tuntut KWSP: Ini perancangan PN?

JUGA Pengeluaran caruman KWSP tidak dibenarkan untuk melindungi rakyat

DAN JUGA Pengeluaran KWSP dikhuatiri jejaskan pasaran bon negara