(VIDEO) Kaji beri elaun ‘on call’ kepada kakitangan selain doktor – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ diperluaskan kepada pegawai perubatan di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital.

Selain itu, waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan di beberapa klinik terpilih yang terlibat projek rintis bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan elaun ‘on call’ untuk dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

EDITOR: HELMI MOHD FOAD | WARTAWAN: SITI NUR ZAWANI MISCON | VISUAL: PEJABAT PERDANA MENTERI/PARLIMEN

EDITOR VIDEO: MOHD NUR AZWAN NUSI

BACA JUGA: Elaun ‘on call’ diperluas kepada doktor enam klinik rintis atasi kesesakan – PM