Ketika anak Hamzah dihadap ke mahkamah, penyokong PN campak ‘basikal PMX’

Tular video penyokong Perikatan Nasional (PN) mencampak ‘basikal PMX’ ketika orang ramai hangat memperkatakan mengenai anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dihadapkan ke mahkamah.

Menerusi video parodi yang tersebar di TikTok, seorang individu marah-marah kepada seorang wanita yang mungkin isterinya kerana membeli barang terpakai yang tidak berkualiti.

“Orang suruh beli (basikal) BMX bukan PMX. Cuba berakal sikit. Benda tiada kualiti,” katanya dilihat berang sebelum mencampak basikal kanak-kanak itu.

Sebelum itu, lelaki berkenaan menggunakan pembersih vakum di atas kawasan berumput di kawasan tanaman kelapa sawit.

Video berdurasi 43 saat itu tular selepas anak Hamzah ‘kantoi’ mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan.

Semalam, Faisal Hamzah, 39, yang merupakan pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan berkaitan kes tersebut.

Anak bekas Menteri Dalam Negeri itu dan seorang lagi pengarah syarikat, Azizul Abdul Halim, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Mereka melakukan perbuatan itu pada 12 Ogos 2022 kira-kira jam 5 petang di Pejabat KPDN Seremban 2.

BACA JUGA Anak Hamzah Zainudin didakwa berkaitan minyak masak subsidi

Â