Syed Ibrahim pengerusi MDEC berkuatkuasa 1 April
Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh telah dinamakan sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkuatkuasa dari 1 April.
Ahli parlimen penggal kedua tersebut juga adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor. Beliau pernah mengetuai PKR Johor bagi penggal 2018 hingga 2022.
Berpengalaman dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun, Syed Ibrahim pernah menjadi ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
MDEC ialah agensi perintis di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital ke arah ekonomi digital.
Â