Dr Kelvin Yii dilantik penasihat khas Menteri Kesihatan

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) telah mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat khas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

“Saya turut membantu menteri kesihatan sebagai penasihat, terutamanya dari sudut reformasi kesihatan dan dasar berkaitan. Saya akan meneruskan peranan saya untuk membantu kerja Menteri dan Kementerian Kesiahatan,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

Sebelum ini Yii merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen dalam bidang kesihatan.

Beliau yang menjadi ahli parlimen untuk penggal kedua juga adalah ketua pemuda DAPSY.

Selain Yii, Dr Helmy Haja Mydin juga dilantik sebagai penasihat khas Menteri Kesihatan.

Dr Helmy ialah pakar sakit paru-paru di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Kaukus berkaitan orang muda akan ditubuhkan

Â