Hanya seksyen 15, 16 AUKU akan dipinda

Rang undang-undang pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) hanya akan meminda seksyen 15 dan 16 akan dibentangkan dalam sesi parlimen tahun ini.

Pindaan tersebut bertujuan untuk memberikan lebih banyak kebebasan kepada para pelajar.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin, draf rang undang-undang berkenaan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam bulan Jun untuk tindakan selanjutnya.

“Seksyen berkenaan telah dikenalpasti dan sedang diperhalusi. Kementerian sedang memuktamadkan klausa membabitkan mahasiswa.

“Ia akan meningkatkan ruang dan kebebasan untuk bergerak sebagai pelajar. Ini termasuk aktiviti, tanggungjawab, dan peluang untuk menguruskan akaun mereka,” kata beliau selepas menghadiri sesi townhall dengan pelajar universiti semalam, lapor Bernama.

Beliau turut mengambil maklum kesukaran pelajar untuk mengadakan aktiviti kampus dan kekangan kewangan pelajar untuk menganjurkan aktiviti.