Rauf ajak Adun PN sertai kerajaan Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap agar dua Adun pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) akan menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya sebelum enakmen anti lompat parti dibentangkan di dewan undangan negeri dalam bulan Julai.
“Sekiranya ini berlaku, Melaka akan menjadi negeri tanpa pembangkang pertama.
“Dari sejumlah 28 kerusi DUN, kita ada 26. Kita (BN) menang 21, lima dari Pakatan Harapan. Sekiranya dua Adun cenderung untuk sertai, kita akan terima,” kata beliau semasa sidang media yang diadakan lewat malam tadi.
Dua Adun yang dimaksudkan adalah Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sg Udang).
Setakat ini hanya Selangor, Penang, Perak, Perlis, Negri Sembilan, Kelantan dan Sarawak yang menguatkuasakan enakmen anti lompat parti.
BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Melaka: 10 Exco angkat sumpah termasuk seorang wakil PH