Skandal Menara KL: Siapa terima manfaat?

Oleh MENTERI FASOLA

Tahukah anda, pihak “berkepentingan” dalam mengurus tender kerajaan bagi program PerantiSiswa (tablet Samsung) melalui Kementerian K-KOM merupakn pihak yang sama menjadi “orang tengah” tawar rasuah yang bernilai RM7,500,000 kepada Tan Sri Annuar Musa dalam skandal Menara KL.

1. Kertas Pertuduhan Skandal Menara KL:

Bahawa kamu (Datuk Abdul Hamid) bertempat di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya, telah secara rasuah menawarkan kepada Datuk Tan Ser Lay suatu suapan, iaitu sejumlah RM500,000 selama 15 tahun, bagi kepentingan Tan Sri Annuar Musa.

2. Untuk faham pendakwaan ini, kita perlu imbas kembali paparan berita MalaysiaGazette terhadap SPRM bertarikh 7/1/2023 atas perintah Mahkamah Majistret untuk reman dua ‘datuk’ yang dipercayai Abdul Hamid & Tan Ser Lay dalam kes pembelian murah saham Menara KL dan hadiah “jam tangan mewah”.

3. Siapa Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak dan apa kepentingannya dalam syarikat Hydroshoppe?

Mengikut laporan SSM, Datuk Abdul Hamid & Nazarina Mohammed Nasir merupakan individu-individu yang memegang saham tertinggi dalam syarikat Hydroshoppe, yang dikaitkan dengan penipuan perniagaan.

4. Menurut sumber dan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perniagaan utama syarikat Hydroshoppe ini bukanlah berasaskan urusan hartanah, akan tetapi menjalankan perniagaan kosmetik dan kecantikan.

SSM pada 2016 pernah menyatakan pemotongan syarikat tersebut sebab tiada operasi.

5. Apa yang berlaku sebenarnya, syarikat yang ditubuhkan ini hanyalah syarikat ‘dummy’ yang digunakan untuk tujuan perniagaan gelap bagi sesetengah businessman. Bukan setakat Hydroshoppe, beberapa syarikat seperti OpenApps, Emerald Epitome juga didaftarkan atas nama Datuk Abdul Hamid.

6. Seperti Datuk Abdul Hamid, Nazarina Mohammed Nasir (kedua pemegang saham tertinggi Hydroshoppe) juga merupakan pemilik syarikat lain iaitu ARNN Technologies Sdn. Bhd.

Fakta: Syarikat ARNN banyak dapat tender perisian dan aplikasi kerajaan (termasuk Parlimen), KKM dan JKR. Best kan?🥰

7. Namun, apa yang berlaku ialah SPRM mendedahkan terdapat kecurangan dalam penjualan “murah” saham pengurusan Menara KL sebanyak RM10 juta.

Dakwaan berlaku atas arahan TS Annuar Musa kepada Tan Ser Lay untuk berunding secara “direct nego” dengan Datuk Abdul Hamid dalam pengambilan Menara KL.

8. Persoalan penting ialah siapa Datuk (Marcus) Tan Ser Lay dan apa hubungkait beliau dengan Tan Sri Annuar Musa?

Datuk Tan Ser Lay merupakan Board of Director MyCreative Ventures syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah seliaan K-KOM dan “orang tengah” dalam mengurus tender Kementerian.

9. Beliau dilantik oleh Tan Sri Annuar Musa dalam MyCreative Ventures sebagai pengarah bebas dan memainkan peranan dalam memberi tender Kementerian K-KOM kepada 4 syarikat digital AI bagi projek bekalan tablet/peranti Keluarga Malaysia bernilai sekitar RM450,000,000 (SNS Network).

10. Mengikut perolehan rasmi Kementerian Kewangan, 4 syarikat yang mendapat tender PerantiSiswa tersebut ialah antaranya SNS Network Sdn. Bhd.

Syarikat itu juga dianugerahkan untuk projek Pengaktifan Digital AgTech (MDEC), digital hibrid di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan.

11. Tidak habis di situ, syarikat milik penuh Datuk Tan Ser Lay iaitu Pan Sejati Development Sdn. juga dianugerahkan secara “rundingan terus” bersama Vizione Holdings bagi pembinaan Residensi Prihatin bernilai RM500 juta ketika TS Annuar Musa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

12. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah, laporan International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa syarikat milik Tan Ser Lay (Callias International Ltd.) tersenarai dalam evidence of Panama Papers.

13. Seperti Pandora Papers, Panama Papers juga merupakan pengakalan data yang khusus melaporkan maklumat dan dokumen salah laku ketirisan dan rasuah “berskala besar” yang diperolehi dari firma guaman Mossack Fonseca.

Setakat 2015, sebanyak 2,300 ahli perniagaan dan politik yang disenaraikan.

14. Sebagai penutup, siasatan reman SPRM sebelum ini mengesahkan bukan setakat suapan yang diberikan, malah hadiah lumayan dan berjemana seperti jam tangan mewah juga banyak diberikan kepada TS Annuar Musa.

Dan kau, masih percaya pemimpin kau mengamalkan “buy muslim first”? Tolol!

15. Fun fact: Dikhabarkan MalaysiaKini dan Berita Harian pernah melaporkan bahawa desas-desus penyertaan Tan Sri Annuar Musa ke dalam parti Pas telah disahkan dan diputuskan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk menaikkan “mood PRN” kelak. Mood apa, mood sakau bersama Pas?

BACA JUGA Menara KL: Pengarah didakwa beri rasuah RM500,000 untuk Annuar Musa