Tujuh mangsa ribut Sepang terpaksa tinggal di PPS buat sementara waktu

Setakat ini seramai tujuh mangsa kejadian ribut di Sepang semalam ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya MPKK Kampung Pulau Meranti.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu telah turun padang hari ini bagi meninjau keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang mengambil kesempatan berbual dan memberikan kata semangat kepada mangsa-mangsa kejadian selain meninjau kelengkapan di PPS tersebut.

Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Athirah dan petugas memberikan kata semangat kepada salah seorang mangsa ribut yang ditempatkan di PPS Balai Raya MPKK Kampung Pulau Meranti pada 9 April 2023. Foto KPWKM

 

Beberapa buah unit kediaman di Pangsapuri Angsana Bandar Bukit Puchong 2, Jalan Pulau Meranti, Sepang mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan ribut pada 8 April 2023. Foto FB Aiman Athirah

Terdahulu petang semalam Aiman Athirah telah melawat lokasi bencana ribut di pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong yang merupakan antara tempat yang paling terkesan dalam kejadian itu.

Ia melibatkan kerosakan bumbung rumah beberapa penghuni pangsapuri tersebut.

“Jawatankuasa Bencana Daerah telahpun mengambil maklum, pelbagai agensi bantuan digerakkan melaksanakan pelbagai tugas masing-masing,” kata beliau.

BACA JUGA: Bantuan mangsa ribut Sepang, Puchong disalurkan segera – MB Selangor