20 ahli Pas Pendang keluar parti sertai AMANAH
Ekoran kehilangan keyakinan terhadap Pas, hampir 20 penyokong parti tersebut meninggalkan Pas dan menyertai AMANAH kawasan Pendang semalam.
Borang penyertaan telah diserahkan oleh Mohd Asir Tahir yang juga merupakan wakil kumpulan penyokong terbabit kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah.
(GAMBAR ATAS: Mohd Asir Tahir (tengah) sebagai wakil menyerahkan borang keahlian AMANAH kepada Sany sambil disaksikan oleh Dr Ismail Salleh.)
“Wakil rakyat Pas tidak mempedulikan rakyat miskin meskipun kedudukan pejabat parti Pas kawasan begitu hampir dengan kediaman kami.
“Malah ketika Pas menguasai kerajaan negeri maupun Kerajaan Pusat sejak dua tahun yang lalu kesulitan yang kami hadapi tidak diberi perhatian walaupun kami merupakan penyokong tegar parti tersebut.
“Sebaliknya AMANAH telah sanggup membantu walaupun sebagai pembangkang tatkala itu sehinggakan ramai diantara penduduk kawasan ini mendapat pembelaan,” ujar beliau ketika penyerahan borang tersebut di Pendang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi AMANAH negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi Pakatan Harapan kawasan Pendang yang juga merupakan Ketua Cabang PKR, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pendang, Fadzil Zulkifli, Ketua DAP Pendang, Ooi Chong Maw serta pimpinan PH dan BN Pendang.
BACA JUGA PH, BN Kedah bentuk majlis pimpinan perpaduan, persediaan hadapi PRN
JUGA PN diingat agar berpolitik secara matang, jangan fitnah ‘atas darat’ – AMANAH
Â