Azlan Man berdepan tuduhan lima tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, 64, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat lima tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta untuk perjalanan ke United Kingdom.

Beliau didakwa dibawah seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana mengemukakan dokumen palsu dengan niat memperdaya.

Pemimpin Umno tersebut didakwa melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2013 hingga 2017.

Beliau berdepan hukuman penjara tidak lebih dari 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai tuntutan palsu sekiranya disabitkan kesalahan

Beliau diwakili peguam bela Burhanudeen Abdul Wahid dan pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib. Kes didengar oleh NorSalha Hamzah.

Azlan menjadi Adun Pauh dari 2013 hingga 2018 dan Adun Bintong dari 2018 hingga 2022.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum ke-15.