Judi: Dahlah koyak, fitnah pula sekali lagi

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Wira Mahfuz Omar menyifatkan ada penyokong Perikatan Nasional (PN) yang ‘koyak’ selepas pemimpin mereka kalah saman di mahkamah bahkan jumlah saman telah dinaikkan pula.

Ekoran itu, beliau menyelar tindakan sesetengah penyokong Pas yang memfitnah beliau kononnya tindakan beliau menyaman Menteri Besar Kedah bertujuan mempertahankan premis judi di Pokok Sena.

Mahfuz berkata, terdapat cybertrooper Perikatan Nasional (PN) yang memanipulasikan fakta kononnya saman fitnah tersebut bertujuan mempertahankan pemindahan premis Sports Toto ke situ.

Yang lebih teruk lagi, ada di kalangan penyokong PN bertindak keterlaluan dengan dakwaan saman fitnah tersebut bertujuan mempertahankan judi, kata Mahfuz.

Penyokong Pas membuat demo dan memfitnah Mahfuz kononnya beliau terlibat dalam isu Sport Toto di Pokok Sena.

“Saya dengan tegas menyatakan saman fitnah tersebut difailkan ekoran Sanusi telah mengaitkan saya dengan pemindahan premis Sports Toto tersebut, sedangkan isu pemindahan tersebut tidak langsung mempunyai sebarang kaitan dengan saya.

“Sebagai Ahli Parlimen ketika itu, saya telah pun membuat bantahan terhadap pemindahan Sports Toto tersebut kepada Majlis Bandaraya Alor Setar dan kemudiannya pemindahan terbabit tidak pun diteruskan,” kata beliau.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman fitnah beliau terhadap Sanusi membuktikan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor yang mengaitkan dengan isu tersebut jelas adalah fitnah.

Ia dijelaskan sebagaimana alasan yang diberikan oleh hakim, malah Mahkamah juga menyatakan tulisan Sanusi bukan sahaja fitnah, sebaliknya berniat jahat, ujar beliau.

Sehubungan itu tegas Mahfuz, mana-mana individu yang masih ingin mengaitkan beliau dengan sebarang maksud kononnya ia menyokong atau mempertahankan judi diberi amaran supaya segera menarik balik tulisan terbabit atau tindakan tegas akan diambil.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini menolak rayuan Sanusi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi menyalahkan MB Kedah itu dalam kes berkenaan.

Bahkan Hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan Mahfuz untuk menaikan jumlah saman terhadap Sanusi.

Mahkamah Rayusan telah menambah jumlah saman kepada RM120,000 kepada Sanusi berbanding RM50,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.

 

BACA JUGA Sanusi pemfitnah nombor satu Kedah, kata Mahfuz

JUGA Sanusi diarah bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz