(VIDEO) Pilihan raya bukan medan pilih agama – Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menjelang Julai ini bukan medan untuk memilih agama.

Sebaliknya, beliau menyatakan pilihan raya adalah untuk memilih pasukan pengurusan yang mampu mentadbir negeri.

“Sekiranya kita boleh memahamkan rakyat bahawa pilihan raya untuk memilih golongan yang akan mentadbir negeri, maka kita akan dapat memenangi negeri-negeri kita dan pecahkan tembok sokongan PN di Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya kepada Harapan Daily.

Khalid yang juga bekas wakil rakyat Shah Alam selama tiga penggal berkata PN cuba menggambarkan jika memilih selain mereka seperti memilih agama lain dan inilah propaganda yang dilakukan parti pembangkang itu.

EDITOR: HELMI MOHD FOAD | WARTAWAN: AMIRUL AZHAN | JURUKAMERA: WAN ZAHARI WAN SALLEH

EDITOR VIDEO: MOHD NUR AZWAN NUSI

BACA JUGA: Selangor kekal di tangan PH, prestasi cemerlang tiga penggal jadi sandaran

#khalidsamad #pakatanharapan #MalaysiaMadani #PRN

Â