Annuar Musa dan menara jadi mainan nakal pengkritik

Tindakan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang kerap memuatnaik gambar beliau berada di tanah suci Mekah ketika isu Menara KL memuncak menimbulkan respon nakal dari netizen.

Apa yang mereka nampak bukannya Annuar Musa berada di Mekah tetapi mereka nampak beliau bergambar di depan menara jam, menara ikonik di hadapan Kaabah itu.

Ini kerana, bukan sekali bekas Setiausaha Agung Umno itu menaikkan gambar di depan menara tetapi banyak kali.

Annuar Musa sendiri telah menukar gambar profile beliau dengan gambar beliau berada di depan menara jam yang ikonik di Mekah itu.

Annuar Musa telah menjadikan gambar beliau berada di depan menara jam Mekah sebagai gambar profile beliau.

Komen-komen yang diterima Annuar Musa pula banyak datang dari laskar siber Pas yang memuji dan memuja beliau ekoran berita angin yang menyatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas dalam pilihan raya di enam buah negeri akan datang.

Di celah-celah komen para laskar siber Pas, ada sahaja netizen yang memainkan isu menara.

“Lawa Menara kat belakang tue yer???” tulis Awe Aniemira ketika memberikan komen dalam Facebook Annuar Musa.

“Menara Kat Mekah tu jangan Usik2 Tan Sri. Bergambar je ok. Selamat berpuasa,” Faizal Abdullah pula menulis.

Pai Queqon pula menulis, “cantik menara..macam menara kat KL jugak cantiknya.”

5 April lepas, pengarah syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak didakwa memberikan rasuah RM500,000 kepada seorang datuk bagi faedah seorang bekas menteri dalam pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 16(b)(B) dan 24(1) Akta SPRM Akta 2009 dengan dakwaan cuba memberikan rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa melalui Datuk Tan Ser Lay antara Julai dan Ogos tahun 2022 di ibu pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu.

Beliau didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa untuk mempercepatkan kelulusan pembelian konsesi Menara KL itu.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku salah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ketika pertuduhan itu dibuat, Annuar sudah berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

 

BACA JUGA Menara KL: Pengarah didakwa beri rasuah RM500,000 untuk Annuar Musa

JUGA Skandal Menara KL: Siapa terima manfaat?