Azlan Man akan didakwa sekali lagi

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Azlan Man akan didakwa sekali lagi, kali ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas lima tuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Beliau mengaku tidak bersalah semalam di Mahkamah Sesyen Kangar berikutan lima tuduhan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM1.18 juta di antara 2013 dan 2017.

Beliau menjadi menteri besar Perlis sejak 2013 hingga 2022.

BACA LAGI: Azlan Man berdepan tuduhan lima tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta

 

 

Â