Imej Pas sebagai tok guru, tok lebai dan ulama sudah hancur

Imej tok guru, tok lebai dan ulama Pas sudah hancur apabila mereka terus bekerjasama dengan pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa serta memfitnah orang.

Oleh itu, rakyat perlu sama-sama bangkit mengalahkan Pas dan Perikatan Nasional (PN) tanpa diberi ruang untuk memerintah lagi dalam pilihan raya di enam buah negeri nanti.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, imej ulama, tok guru dan lebai yang dibawa oleh Pas dan PN juga telah tercemar teruk apabila ucapan dan tindakan pemimpin mereka penuh dengan pembohongan, fitnah dan adu domba terhadap Pakatan Harapan (PH) serta Perdana Menteri.

“Pemerintahan PH di Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat dengan lebih 40 program kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tetapi mereka masih lagi cuba menabur fitnah dengan pelbagai tohmahan

“Di Pulau Pinang juga terbukti pelbagai insentif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri telah memberi banyak manfaat kepada bayi yang baru lahir sehinggalah kepada pelbagai program peduli insan, namun begitu pembohongan tetap menjadi amalan mereka sehingga kini.

“Pas dan PN sepatutnya membawa politik matang, politik yang ada integriti dan bukannya politik fitnah seperti dakwaan serta tohmahan Melayu terancam termasuklah di Pulau Pinang,” ujar beliau yang juga merupakan Pengarah Biro Mobilisasi AMANAH Nasional semasa program Iftar di Permatang Pasir, Permatang Pauh semalam.

Sany bergambar kenangan selepas majlis AMANAH di Permatang Pasir malam tadi.

 

Tegas Sany lagi, Pas dan PN sepatutnya belajar menjadi pembangkang yang mempunyai kualiti dan nyahkan amalan politik kebencian, politik perkauman dan juga agama.

Ini kerana, selepas menjadi pemerintah selama 33 bulan, terbukti Pas lebih berkesan sebagai pembangkang dari menjadi kerajaan.

Turut hadir ialah Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil serta pimpinan AMANAH kawasan Permatang Pauh serta negeri Pulau Pinang.

 

BACA JUGA Annuar Musa dan menara jadi mainan nakal pengkritik

JUGA Hadi, Mahiaddin, Hamzah berani menyalak di luar, tapi lari semasa PMQT