Kempen cemar hakim mahu dapatkan pengampunan untuk Najib, dakwa Bersih

Kempen untuk mencemari imej hakim yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak bersalah, bertujuan dan berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada bekas perdana menteri dan akan membebaskan beliau daripada penjara, kata badan pemantau pencegahan rasuah.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dan Gabungan Bertindak Malaysia percaya ia dilakukan oleh peguam dan pihak berkaitan dengan Najib, lapor The Malaysian Insight.

Mereka berkata demikian merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sekretariat Bersih berkata, mereka menggesa Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat Malaysia menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan serta mencemarkan nama baik badan kehakiman.

Mereka berkata ketua hakim negara perlu diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau.

 

BACA JUGA Kerajaan Perpaduan musnah jika Umno gagal main peranan betul, kata Kit Siang

JUGA Pakar ekonomi sambut baik cadangan penubuhan Tabung Kewangan Asia