Aidilfitri lebih meriah, PM Anwar kongsi gembira timang cucu ke-12

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lebih meriah bagi keluarganya.

Ini apabila beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru menimang cucu ke-12 hari ini iaitu anak keempat anaknya Nurul Ilham.

Perdana Menteri berkongsi kegembiraannya itu dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

“Alhamdulillah! Hadiah Ramadan. Nurul Isra Matsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe. Cucu saya dan Azizah yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” kata beliau.

BACA JUGA: Sejuk mata memandang, rakyat teruja ulama tersohor Mesir bersama PM Anwar