10 ciri kepimpinan ulama Pas yang tidak kompeten dan amanah
Oleh AHMAD MURSI
Bagai langit dengan bumi. Itu perbandingan sesuai bagi menggambarkan kepimpinan ulama Pas (KUP) dengan kepimpinan qawiyul amin (KQA) yang menekankan aspek kompeten dan berintegriti.
Berikut disenaraikan 10 perbezaan kedua-dua ciri kepimpinan tersebut:
1.
KUP: dari Syiah (Wilayatul al-Faqih).
KQA: dari panduan al-Quran (Al-Qasas:26, An-Naml:39).
2.
KUP: mesti lantik ulama walau tidak kompeten.
KQA: kompetensi dan amanah adalah keutamaan.
3.
KUP: ulama mesti jadi umarak.
KQA: ulama dan umara lengkap melengkapi.
4.
KUP: pemerintah mesti latar belakang ilmu wahyu.
KQA: mesti pemimpin ada ilmu politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan polisi awam tidak kira apa latar belakang pendidikan.
5.
KUP: kata tidak rasuah walaupun tidak cekap.
KQA: mesti kompeten (Qawiy) dan amanah (tidak rasuah dan good governance).
6.
KUP: ramai ulama jadian dan ada yang hanya guru agama malah ada yang jadikan mimpi sebagai dalil.
KQA: tidak boleh palsukan pengalaman dan success result dalam mentadbir.
7.
KUP: air paip karat 30 tahun tak apa asalkan ulama.
KQA: maslahah umum adalah keutamaan dalam pentadbiran awam.
8.
KUP: semua perkara pentadbiran perlu tahu hukum hakam.
KQA: banyak perkara dalam pentadbiran awam tiada dalil yang jelas dan perlu keputusan yang bijak.
9.
KUP: ulama mesti di kedudukan tertinggi atasi Raja dan pemimpin politik.
KQA: sesiapa sahaja yang kompeten boleh ketuai kerajaan dan hormati Raja Berperlembagaan serta golongan ulama sentiasa menasihat.
10.
KUP: hasilkan Duta Khas tidak buat kerja dan ponteng sidang Parlimen.
KQA: hasilkan Menteri Kewangan terbaik Asia dan pandangan didengari oleh masyarakat dunia.
BACA JUGA Petisyen Parlimen Marang: Hadi Awang hadir ke Mahkamah buat pertama kali