Bekas setiausaha politik Idris Haron didakwa atas tuduhan menerima rasuah lebih RM400,000

Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka Ke-10 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736 pada 2017.

Tertuduh Datuk Rosli Hasan, 52, yang pernah bekerja dengan Datuk Seri Idris Haron, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 12 pertuduhan terhadapnya dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Bagi pertuduhan pertama, bekas Ahli Parlimen Dungun itu didakwa menerima suapan dalam bentuk khidmat pengubahsuaian rumah milik isterinya bernilai RM323,736 di alamat No 24, Jalan Pokok Mangga 6A, Taman Pokok Mangga, di sini antara Mei 2017 hingga Februari 2018.

Mengikut tuduhan kedua hingga 12 pertuduhan bekas penjawat awam itu didakwa menerima suapan wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit antara Mei 2017 hingga 19 Oktober 2017.

Ia sebagai balasan membantu syarikat untuk dilantik sebagai kontraktor bagi projek membina, mereka bentuk dan menyiapkan sebuah masjid, dewan serbaguna, tiga lot kedai dan rumah sampah secara reka dan bina di atas sebahagian tanah di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang, bernilai RM5.28 juta.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan pendakwa raya Irwan Shah Abdul Samat mencadangkan jaminan sebanyak RM80,000 serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga diminta melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Ia memandangkan tertuduh perlu menanggung dua isteri dan lapan anak dan hanya bergantung kepada pendapatan pencen sebanyak RM2,018 sebulan.

Hakim Elesabet kemudian membenarkan rayuan dan cadangan syarat tambahan serta menetapkan 16 Mei bagi untuk sebutan semula kes.

Peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork bagaimanapun memohon jaminan RM30,000 dijadikan bercagar dan RM50,000 tidak bercagar.