Nik Omar ‘keluar’ TV1 esok, rakyat seru tonjolkan ustaz dari kerajaan Madani

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dijadualkan bersiaran di TV1 menerusi slot “Pecutan Ibadah 10 Malam Terakhir Ramadan” mulai jam 8.30 pagi esok.

Kemunculan anak bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di stesen TV milik kerajaan itu dilihat menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata menyambut baik pemilihan Ahli Lembaga Penasihat Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia) yang juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu.

Malah, tidak kurang juga yang berpendapat sejak awal pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, tokoh agama dari Kerajaan Madani sepatutnya diketengahkan menerusi segala saluran media di bawah kerajaan.

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz

Penegasan tersebut penting bagi mengekang pengaruh personaliti agama yang secara terbuka menyokong pembangkang malah menghentam kerajaan Madani.

Dalam masa sama, kerajaan diharap segera bertindak ‘mencantas’ individu yang terlibat dalam deep state sebelum berulangnya kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020 yang hanya bertahan selama 22 bulan.

“Semoga Ustaz Nik Omar dapat slot waktu perdana pula lepas ni.

“Deep state di RTM, J-KOM (Jabatan Komunikasi Komuniti), PMO (Pejabat Perdana Menteri) kena dikenalpasti dan dibungkus keluar supaya tidak sabotaj pentadbiran PH.

“Masa inilah keluarkan ketokohan mereka. Ini tidak, sampai dah tak tahu kerajaan Madani ada tokoh agama. Paling penting live juga di Tiktok. Wajah-wajah ini kena diulang-ulang,” demikian antara ciapan warganet di Twitter. 

BACA JUGA Walau balun PM Anwar, MP PN masih pegang jawatan ahli lembaga pengarah