Walau balun PM Anwar, MP PN masih pegang jawatan ahli lembaga pengarah

Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dikesan masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH Plantations Bhd (THP).

Semakan Harapan Daily di laman web rasmi syarikat perladangan itu mendapati wakil rakyat Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah THP pada 2 Januari 2022.

Bakri, 59, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri perladangan kelapa sawit serta bidang berkaitan pertanian lain seperti getah dan koko di Semenanjung Malaysia dan Indonesia.

Untuk rekod, THP yang dimiliki kira-kira 74 peratus oleh Lembaga Tabung Haji mempunyai 38 ladang dan enam kilang di Malaysia dan Indonesia.

Kelmarin, Bakri yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terpaksa mengalihkan isu selepas gagal dalam mengurus negara.

Menurutnya, seperti dilapor Harakahdaily, Anwar mengalihkan isu dengan masih bermain dalam dalam lingkungan dalam negara berbanding Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri.

“Apabila dia tak perform, dia terpaksa mengalihkan isu. Kita lihat kes-kes yang dibawa ialah kes-kes terpilih yang tidak mempunyai kekuatan untuk mendakwa. Ini berbeza dengan pendekatan Tun Dr Mahathir (semasa menjadi PM).

“Kalau kita tengok Tun Dr Mahathir dulu, bila dia nak mengalihkan isu dalam negara dia memainkan isu antarabangsa contohnya soal Malaysia dengan Singapura.

“Tetapi Anwar dia masih bermain dalam lingkungan domestik yang akhirnya akan menyebabkan politik Malaysia tidak stabil,” dipetik Harakahdaily.

BACA JUGA Walaun menggelupur gara-gara Guan Eng hadiri iftar bersama Umno