Mesyuarat NACCOL capai keputusan penting kawal kos sara hidup

Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam telah mengambil beberapa keputusan penting terkait kos sara hidup yang mengambil kira aspek Madani.

Sebanyak empat (4) kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat NACCOL semalam yang mengupas isu dan strategi secara lebih berfokus kepada usaha ke arah mengukuh mekanisme subsidi kerajaan bagi menangani ketirisan serta meningkat keupayaan bekalan makanan.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook beliau.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan KSU Kementerian-Kementerian yang terlibat.

Sekretariat NACCOL adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mana menterinya adalah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

BACA JUGA Lebih 30,000 pemohon pinjaman pribadi guna KWSP sudah diluluskan

Â