Bila anda terkantoi, tanggunglah sendiri, yang lain akan lari

Apabila anda terkena, minta maaflah, tidak ada yang akan datang membantu dan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang anda buat. Tanggunglah sendiri.

Itulah pesan yang boleh diberikan kepada mana-mana laskar siber khasnya dari Perikatan Nasional (PN) yang terkantoi ditahan polis ekoran kerja-kerja yang mereka lakukan.

Sekurang-kurangnya itulah yang berlaku kepada dua laskar siber PN, Suffi Kamari dan Roslizal Razali yang ditahan polis baru-baru ini.

Rakan pemain media sosial mereka memberikan peringatan ini kepada kedua-dua mereka yang pernah ditahan polis kerana membuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang itu.

“Kesian @suffikamari & Roslizal Razali Takde yg nak tolong backup.. Buat Solidariti pun takde orang nak datang,” tulis Burt Berkarat @dermainjupri ketika berkicau di Twitter sambil menyiarkan gambar Suffi Kamari yang sedang mengambil video Roslizal Razali yang baru dibebaskan di depan balai polis Setiawangsa.

Namun dalam gambar itu hanya tiga orang sahaja yang ada di situ, Roslizal, Suffi dan seorang lagi yang tidak dikenali.

(GAMBAR ATAS: Suffi Kamari sedang membuat siaran secara live bersolidariti bersama Roslizal yang baru dibebaskan oleh polis di depan Balai Polis Setiawangsa).

Roslizal dibebaskan selepas ditahan oleh polis ekoran beberapa posting beliau yang dikatakan melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Yang teruknya, nama dan gambar Roslizal yang menggunakan nama Reza Razali di Twitter dipaparkan oleh polis sebagai orang yang sedang dicari oleh polis.

Pada 7 April lalu, Polis mengeluarkan kenyataan bahawa Roslizal sedang dicari untuk membantu siasatan.

Beliau ditahan enam hari kemudian di ibu negara manakala telefon bimbit, laptop beliau dirampas untuk membantu siasatan.

Hari ini, bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau mempunyai kaitan dengan Roslizal.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu juga menafikan ada memberikan bantuan kewangan kepada laskar siber PN itu.

Beliau memberikan ugutan, mana-mana pihak yang membuat dakwan itu akan diambil tindakan undang-undang.

Pada 24 Mac lalu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Gombak, Suffi Kamari yang didakwa merendah-rendahkan Yang Dipertuan Agong dipanggil oleh polis.

Suffi, bekas pekerja Tik Tok, dalam satu posting di media sosial beliau, memaklumkan beliau dipanggil memberi keterangan di Unit Jenayah D5 Bukit Aman.

 

Â