PM ziarah Terengganu hari ini, tadi qiamullail di Putrajaya, semalam di utara
Jadual Perdana Menteri meskipun pada minggu terakhir Ramadan terus padat dengan bakal ‘menggempur’ Terengganu petang ini selepas menghadiri Qiamullail Perdana di Putrajaya awal pagi tadi.
Malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kariah Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas di Pulau Pinang untuk solat Isyak dan tarawih sebelum berangkat pulang ke ibu negara.
Hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan dijadualkan singgah di pasar Ramadan Gong Badak di Kuala Terengganu pukul 5 petang ini.
Ahli Parlimen Tambun tersebut kemudiannya akan berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Peneraju Kerajaan Perpaduan berkenaan juga bakal bersama jemaah bagi solat Maghrib di Pusat Islam Sultan Mahmud di universiti itu.
Seterusnya, Anwar dijadualkan mengerjakan solat Isyak dan tarawih di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
LANJUT MENYUSUL