KPKM pastikan bekalan ayam, telur mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan sesi libat urus semalam dengan pemegang taruh untuk memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi sempena dengan perayaan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Saya berharap pihak FAMA sentiasa berada dalam keadaan siap siaga memastikan langkah intervensi dapat dilakukan dengan segara sekiranya terdapat laporan atau aduan berkenaan kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu melalui saty hantaran Facebook.
Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali bersama dengan 17 buah syarikat utama terdiri daripada penternak, pemborong dan peruncit.
Antara pemain industri utama yang menghadiri sesi tersebut adalah Lay Hong Berhad, Huat Lai Resources, Dindings Tyson, Mydin, AEON, Econsave, Lotus dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).
Bekalan ayam dan telur yang tidak mencukupi merupakan salah satu isu besar yang ditangani oleh Mohamad Sabu sebelum ini ekoran daripada ketidaktentuan oleh kerajaan terdahulu.