Warisan tidak akan bertanding di dalam PRN Selangor

Satu-satunya wakil Parti Warisan Sabah di Selangor, Bryan Lai Wai Chong telah memberikan kata putusnya untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya negeri Selangor selaras dengan keputusan partinya untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya negeri di Semenanjung.

“Saya tidak akan bertanding sebagai calon bebas pun,” Lai yang kini ahli dewan undangan negeri Teratai dipetik berkata oleh media ekoran dari keputusan Warisan untuk membantu gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional di dalam pilihan raya negeri tahun ini.

“Saya telah pun berkhidmat sebagai ahli majlis selama tiga penggal di Majlis Perbandaran Kajang dan satu penggal sebagai Adun Teratai. Saya puas hati dan gembira untuk menyokong Warisan dalam apa cara sekalipun.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal telah pun menyatakan bahawa parti beliau tidak akan menyertai sesi pilihan raya negeri tahun ini. Sebaliknya ia akan menumpukan perhatian ke arah menguatkan kedudukannya di Sabah dan membantu kempen pilihan raya Pakatan Harapan.

Lai memenangi kerusi Teratai di dalam pilihan raya umum ke 14 di atas tiket DAP.

Pilihan raya negeri tahun ini akan melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ia dijangka berlangsung di dalam bulan Julai.

Â