Pendapat | Tolong jaga ukhuwah Kerajaan Perpaduan MADANI

Oleh Zus Din

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti semua pihak terutama pemimpin parti dalam Kerajaan MADANI sepatutnya menunjukkan kebersamaan. Ini sudah pasti selari dengan hasrat PMX dan kepimpinan tertinggi PH.

Namun samada PH mahupun UMNO BN, mereka punya individu-individu yg boleh dikategorikan sebagai “the loose cannon”. UMNO BN pasti tahu apa perlu dilakukan malah mereka telah menyingkirkan ramai “loose cannon” melalui pembersihan parti.

Mungkin ini tidak perlu dilakukan PH atau tidak sampai ke tahap itu selepas Keadilan telah mengenepikan gerombolan PNkhianat Utama. Namun masih ada “loose cannon” seperti Pasir Gudang lalu penyokong sering mengkritik dan menegur kenyataan beliau.

Dalam masa yang sama DAP juga perlu menjaga disiplin dan adab dalam permuafakatan dgn UMNO BN. Janganlah digunakan prinsip kebebasan bersuara tanpa had dengan mentaliti pembangkang.

Kita sudah jadi kerajaan dan perlukan perbincangan dalaman. Setakat ini kita harus akui, AMANAH dan UPKO paling ‘behave’  dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasan rakan muafakat. Syabas. Fokus pada perpaduan.

Sudah-sudahlah mana-mana pimpinan PH menyinggung persoalan permohonan pengampunan Diraja DS Najib kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Pemimpin veteran seperti Pasir Gudang dan LKS (Lim Kit Siang) sepatutnya memahami dan menjelaskan pada rakyat bahawa itu kuasa mutlak YDPA yang tidak pun terikat dengan nasihat Lembaga Pengampunan Diraja (LPD).

Hak DS Najib dan keluarga untuk memohon namun tiada permohonan kepada LPD yang mana PMX adalah sebahagian darinya.

Yang ada, adalah warkah UMNO merayu memohon budi bicara dan ehsan YDPA menggunakan peruntukan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi perkenan pengampunan buat DS Najib.

Itu hak UMNO dan DS Najib utk merayu dan hak YDPA utk perkenan atau tidak. Tak perlu pun PH atau masyarakat sivil campur tangan atau mendahului kuasa dan pertimbangan YDPA. Biar ia diuruskan YDPA sendiri.

Yang lebih dikesalkan bila dilihat ada pemimpin dan penyokong PH seolah-olah memberi amaran dan menyalahkan PMX sedangkan beliau sendiri pun belum melihat permohonan dari DS Najib ke LPD.

Pengampunan

Kuasa pengampunan adalah milik YDPA dan itu pernah dijelaskan oleh PMX sendiri bila ditanya wartawan. Suka atau tidak suka dalam isu pengampunan itu kita patut elak komen negatif yang melukakan hati rakan-rakan kita dalam UMNO. Bukan “lepas cakap” dalam adab membina keserasian. Kerjasama ini masih baru.

Jika dilihat video suasana mesra pemimpin2 PH-UMNO BN sebelum Majlis Iftar di Kedah baru-baru ini, itulah ukhuwah yang sepatutnya terjalin, bukan perang media dan ketegangan yang perlu dicetuskan. Tunjukkanlah teladan baik kepada penyokong kedua-dua belah pihak.

Kenyatan Dr Aziz Bari, seorang lagi pemimpin DAP yang mengundang “retaliation” Ahli MKT UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah contoh terbaharu “loose cannon” yang tidak menguntungkan Kerajaan MADANI.

Suka atau tidak suka dalam isu pengampunan itu kita patut elak komen negatif yang melukakan hati rakan-rakan kita dalam UMNO. Bukan “lepas cakap” dalam adab membina keserasian. Kerjasama ini masih baru.

DAP harus menjaga disiplin untuk tidak menyinggung sesuatu yang bakal merugikan rakan dan PH sendiri.

Meskipun tidak mewakili pendirian DAP, kenyataan Dr Aziz Bari bahawa PERTIKAIAN Nasional lebih mendapat sokongan Melayu kerana menjadi alternatif UMNO yang telah hilang sokongan pengundi Melayu, tidak sepatutnya dibuat dalam keadaan DAP sendiri GAGAL menambah sokongan Melayu.

Sekali gus bermakna DAP hanya mengharapkan PKR, AMANAH dan kini UMNO bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Dr Aziz Bari tidak sepatutnya meremehkan UMNO sebaliknya membantu meyakinkan semula pengundi Melayu supaya kembali menyokong UMNO BN dan seterusnya memberi undi pada PH termasuk DAP.

Itulah yang UMNO cuba lakukan, mendapatkan keyakinan semula pengundi Melayu sekali gus mengundi PH dan PH perlu yakinkan pengundi BUKAN Melayu untuk undi UMNO BN seterusnya menjadikannya “win-win situation”  bagi kedua belah pihak. Bayangkan jika ini berjaya dilakukan.

Dr Aziz Bari juga seharusnya sedar UMNO masih punya keahlian tertinggi di kalangan orang Melayu. Kekalahan UMNO BN di PRU15 bukan semata-mata kerana teguran rakyat ke atas kelemahan parti itu tetapi atas pelbagai faktor termasuk sabotaj dari dalam terutamanya dari pengkhianat yang telah mereka singkirkan sebelum dan pada pemilihan parti baru-baru ini.

Lebih teruk lagi apabila UMNO BN juga difitnah oleh puak PERTIKAIAN Nasional seperti PH turut alami bila dipasakkan dalam minda pengundi muda bahawa mengundi PH dan BN akan masuk “Melaka”. Jangan lupa PH juga main peranan menggasak UMNO BN habis-habisan di kempen PRU15.

UMNO BN tewas kerana “triple whammy”. Sekarang PH-BN perlu jadi “tag team” membelasah PERTIKAIAN Nasional. Kali ini sangat berbeza, sudah jadi sebahagian dari Kerajaan MADANI dan berjawatan. UMNO BN dijangka mampu mendapatkan semula kepercayaan sebahagian pengundi Melayu untuk turut mengundi PH.

Jangan lupa di PRU15, lebih dahsyat adalah apabila ramai pengundi dibayar dan disuruh angkat sumpah mengundi PERTIKAIAN seperti dalam video-video yg ditularkan. Petisyen pilihan raya terhadap pemimpin PA$-PN juga sedang berjalan.

Mengikut statistik sewaktu Retreat Kerajaan MADANI, memang betul UMNO BN yang kehilangan undi Melayu tapi jangan itu dijadikan alasan utk meremehkan UMNO BN sebagai rakan muafakat dan meragui mereka.

Sebaliknya kita perlu gembeling tenaga berusaha mendapatkan kembali sokongan Melayu apabila sudah tahu sebab musabab atau faktor seperti yg disebutkan di atas.

Pemimpin-pemimpin 𝗣𝗛 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗨𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 / 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 dengan mengelakkan kenyataan mengguris hati pemimpin dan penyokong UMNO BN.

Begitru juga sebaliknya bagi pihak UMNO BN. Jika ini dapat dijaga, Insya-Allah kemenangan besar menanti di masa-masa akan datang demi 𝗞𝗘𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 dan 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 negara. Wallahualam.

  • Zus Din merupakan pengguna media sosial Facebook dengan akaun Zusdin Kembali. Segala pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian Harapan Daily.