Ismail Sabri takut Jana Wibawa 2, dakwa Pengarah Komunikasi Umno

Umno menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa Kerajaan Perpaduan wujud hasil dari kahwin paksa antara Pakatan Harapan dengan rakan-rakannya bertujuan untuk menggugat kerajaan yang ada kerana bimbang beliau juga menjadi kluster mahkamah.

Ini kerana, Skandal Jana Wibawa ini bukan telah selesai tetapi siasatan ke atas pihak lain juga masih berjalan yang dinamakan sebagai Skandal Jana Wibawa 2.

Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ismail memang berusaha untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri semula atau orang dekat beliau mendapat kerusi itu.

“Boleh saya katakan dia ni sebagai ‘loose gun’. Dia asyik cerita hal tak baik je pasal Kerajaan Perpaduan.

“Sebab apa? Sebab dia tak dapat jadi perdana menteri dan dia masih ada hasrat itu tuan puan,” kata Lokman yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Umno secara rasmi minggu lalu.

Sebagai Pengarah Komunikasi Umno, kita tidak boleh cakap tak tentu pasal sebab kita mewakili parti, kata Lokman Noor Adam.

Menurut Lokman, kalau pun tidak mendapat jadi perdana menteri, Ismail Sabri berhasrat untuk melihat orang yang dekat dengan beliau menjadi perdana menteri.

“Dia berhasrat orang yang dekat dengan dia, orang yang bersekongkol dengan dia (dapat jadi PM), supaya dia tidak jadi kluster mahkamah,” katanya.

Menurut Lokman, beliau difahamkan Skandal Jana Wibawa ada bahagian kedua iaitu Jana Wibawa 2.

“Jangan lupa Jana Wibawa 2 coming soon. Kita baru tengok movie Jana Wibawa 1. Kita belum tengok lagi movie Jana Wibawa 2.

“Kita tak campur urusan Jabatan Peguam Negara. Jadi kita tak tahu bila pendakwaan ke atas orang-orang lain akan dilakukan,” katanya.

Dalam Skandal Jana Wibawa, bekas perdana menteri, Tan Sri Mahiyaddin Md Yassin, timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dan seorang tauke perabut dari Pagoh telah didakwa.

Ketiga-tiga mereka didakwa mendapat manafaat dari projek Jana Wibawa yang diuruskan kerajaan ketika Mahiaddin menjadi perdana menteri.

Ismail Sabri telah mengambil alih jawatan perdana menteri dengan persetujuan dan perjanjian beliau dengan Mahiaddin.

BACA JUGA Ini perkahwinan politik bukan kahwin paksa

Â