Menteri Komunikasi nafi penyanyi Dayangku Intan ‘digam’
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan dakwaan penyanyi Dayangku Intan kononnya beliau ‘digam’ di agensi penyiaran atas faktor politik.
“Tidak digam, tiada arahan sedemikian,” tulis Fahmi menerusi Twitter beliau hari ini.
Dalam masa sama, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman juga menyangkal dakwaan tersebut.
“Kita di RTM tidak ‘gam’ mana-mana penyanyi pun. Industri akan rugi kalau kita gam-mengegam ini, yang elok kita semua cakap elok-elok dan tidak perlu gaduh-gaduh,” jelas personaliti TV itu.
Ciapan tersebut dibuat susulan, tular seorang pemilik akaun @MacGorjes mendakwa penyanyi 90-an itu ‘digam’ atas kecenderungan politiknya yang sering menghentam Kerajaan Perpaduan.
Namun, ciapan tersebut dipadam oleh pemilik tersebut sejurus mendapat perhatian warga maya.
Menerusi ciapan itu, Dayangku Intan atau mana sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mendakwa dirinya ‘digam’ melalui satu ciapan.
“Siapalah saya ini, itu pun mereka koyak,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kredibiliti penyanyi ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ itu disebalik tuduhannya itu.
“Lagu ini based on demand, tiada demand buat apa nak siar.
“Orang dah tak minat lagu tu, kenapa kata gam?
“Zaman sekarang orang boleh dengar lagu raya di Youtube dan Spotify, tidak perlu nak berdrama kononnya digam,” demikian antara komentar warganet.
Untuk rekod, Dayangku Intan pernah bertanding di Parlimen Pengerang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Walau bagaimanapun, penyanyi berkenaan tewas kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau kemudiannya keluar dari PKR tiga tahun selepas itu dan akhirnya menyertai Pas sejak tahun lalu.
BACA JUGA “Teruja sangat dapat jumpa PM Anwar sampai saya terlanggar dia” – Elizabeth Tan