Saya akan jawab di Pahang, kata Anwar kepada Ismail Sabri

Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri di Pahang.

“Kita akan menjawab di Pahang nanti,” kata Anwar kepada wartawan hari ini yang bertanya tentang isu yang dibangkitkan oleh Ismail.

Pahang adalah negeri asal Ismail Sabri dan beliau adalah Ahli Parlimen Bera, Pahang.

Semalam Ismail Sabri mendakwa Kerajaan Perpaduan bakal berpecah kerana ia dibuat secara ‘kahwin paksa’.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH Haji Khalid Samad berkata, kerjasama Kerajaan Perpaduan bukan kahwin paksa tetapi perkahwinan politik yang menjadi amalan biasa pemimpin untuk kestabilan negara.

Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam pula berkata, Ismail cuba menghancurkan Kerajaan Perpaduan dengan komen-komen sebegitu kerana beliau takut termasuk dalam kluster mahkamah menerusi Skandal Jana Wibawa 2.

 

BACA JUGA Ismail Sabri takut Jana Wibawa 2, dakwa Pengarah Komunikasi Umno

JUGA Ini perkahwinan politik bukan kahwin paksa