PM Anwar menghadap YDP Agong di Kuantan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap bagi urusan mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz, Kuantan semalam.

Ia kemudian disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama Seri Paduka Baginda di Dewan Santapan Besar istana.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Majlis turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan.

BACA JUGA: Saya akan jawab di Pahang, kata Anwar kepada Ismail Sabri