‘Si mati’ beri keterangan mengenai ketidakbersalahan isteri

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini terkejut apabila roh si mati memasuki tubuh isterinya yang juga tertuduh untuk memberi keterangan bahawa tertuduh tidak bersalah.

“Saya Poh Seng Hiap, si mati. Sayalah yang sedang bercakap di mahkamah ini.

“Isteri saya tidak bunuh saya. Isteri saya tidak buat apa-apa,” kata Lau yang menggunakan logo arnab dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Hakim Rohani Ismail kemudian memintanya menunggu perbicaraan berlangsung barulah memberikan kenyataan berkaitan kes itu.

Tertuduh bagaimanapun terus berkata demikian.

Lau didakwa menikam dada dan perut suaminya, akauntan yang juga berumur 55 tahun, di rumah mereka di Seremban dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Lau merupakan salah seorang dari lima orang calon yang bertanding di dalam pilihan raya kecil Port Dickson dalam tahun 2018.

Calon lain dalam PRK tersebut ialah presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Pendengaran kes ini ditetapkan pada bulan seterusnya kerana Rohani merupakan satu-satunya hakim kes jenayah di Negeri Sembilan.