Rumah terbuka Aidilfitri PMX di negeri tadbiran Pas

Majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim unik tahun ini kerana ia tidak diadakan di kediaman rasminya, Seri Perdana sebagaimana amalan perdana menteri sebelum beliau.

Sebaliknya sambutan kali ini akan diadakan di negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang dan akan berdepan dengan pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Negeri-negeri yang dimaksudkan adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Pas.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, majlis tersebut dianjurkan bersama oleh JPM dan kerajaan negeri.

Seramai 25,000 pengunjung disasarkan untuk majlis ini di Kedah pada 29 Aprol di Hotel Raia, Alor Setar dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dengan Kementerian Dalam Negeri sebagai peneraju.

Di Kelantan sambutan akan dilaksanakan pada 12 Mei di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV dari pukul 7 petang hingga 10.30 malam dan diterajui oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai peneraju.

Rumah terbuka di Terengganu pula akan berlangsung pada 13 Mei di Dewan Al-Muktafi Billal Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dari pukul 7 petang hingga 10.30 malam dan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai peneraju.

Anwar akan turut menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di negeri tadbiran Pakatan Harapan yang akan berdepan dengan pilihan raya negeri tahun ini.

Bagaimanapun tarikh acara di negeri tadbiran PH tidak disebut.

BACA JUGA: Anwar: Eratkan hubungan, selamatkan negara