Tiada diskaun saman dari JPJ

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa tawaran diskaun saman pada kadar RM50 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kadar RM50 itu hanya untuk saman yang dikeluarkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia.

“Saya mengikuti pengumuman perdana menteri. Jika perdana menteri umum (kadar khas) untuk (saman trafik) polis, ianya untuk itu sahaja,” kata beliau.

Dua hari yang lalu Anwar mengumumkan kadar khas RM50 selama sebulan mulai esok untuk membolehkan rakyat melunaskan tunggakan saman yang mereka terima sebelum tahun 2023.

Pihak polis juga baru-baru ini menawarkan diskaun 60% ke atas saman yang mereka keluarkan sempena sambutan Hari Polis ke 216.

BACA JUGA: Tawaran diskaun kompaun, saman 60 peratus akan berakhir tengah malam ini

Â