Hadi kemuka khutbah Aidilfitri bertentangan dengan JHEAT
Umat Islam di Terengganu gempar ekoran tindakan presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan khutbah Aidilfitri di negeri tersebut.
Harapan Daily memperoleh kedua-dua khutbah Aidilfitri iaitu khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan oleh Hadi.
Khutbah oleh Hadi diperoleh dari sumber yang dipercayai.
Khutbah rasmi setebal 10 muka surat bertajuk Syawal: Memupuk Silatulrahim mengikatkan ummah untuk menguatkan ikatan persaudaraan dan saling bermaafan. Ia boleh dimuat turun di sini .
JHEAT turut menasihatkan umat Islam untuk mengelakkan pembaziran dan dan hiburan yang melalaikan.
Khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh Hadi pula setebal 12 muka surat tanpa tajuk khusus.
Hadi yang juga presiden Pas dan timbalan pengerusi Perikatan Nasional mengambil contoh perang al-Ahzab dan mengaitkan dengan perang menentang keganasan yang diterajui Barat.
Beliau menuduh negara Barat tidak memahami Islam di dalam kempen mereka.
Khutbah Aidilfitri lazimnya dikeluarkan JHEAT, institusi yang berfungsi di bawah perkenan sultan. Ini kerana perlembagaan persekutuan memperuntukkan hal ehwal Islam di bawah bidang kuasa negeri.
Sultan adalah ketua agama Islam negeri.
Khutbah oleh Hadi jelas bertentangan dengan semangat ukhuwah yang ingin diterapkan oleh JHEAT.
Ini bukan kali pertama Hadi melawan titah sultan.
Sebelum ini sultan telah mengeluarkan arahan agar tidak memberi ucapan politik di masjid dan di surau tetapi beliau berdegil dan terus berbuat demikian.
Hadi juga secara terang melanggar arahan pihak berkuasa agama dengan memberikan kuliah agama tanpa mendapatkan surat tauliah daripada pihak berwajib.
Tindakan Hadi sebegini hanya merosakkan nama baik institusi agama dan pihak-pihak yang menyebarkan syiar Islam.
BACA JUGA: Esok raya pun Pas tuduh DAP guna cara penjajah, jadikan raja-raja perisai manusia
Â