Jamah usah tamak, elak jadi kawan ‘makhluk’ itu
Membeli barangan mentah di pasar pagi semalam membuatkan saya menarik nafas panjang. Pastinya ramai orang pun begitu dalam membuat persiapan Aidilfitri tahun ini.
Di pasar pagi Bukit Sentosa, Hulu Selangor, ayam tua RM15 seekor, mungkin padan dengan saiznya yang besar sedikit, spontan kata hati semacam meredakan hati.
Daging lembu tempatan pula sudah pun RM40 sekilogram. Bahagian batang pinang pastinya jauh lebih mahal hingga mencecah RM50 sekilo.
Singgah di ‘kedai Acheh’ yang jadi tumpuan penduduk setempat, jenguk pula ke tempat jualan daging import. Hah, lagi sekupang nak RM20.
Kalau di sebuah pasaraya di Pontian, Johor, khabarnya ada dijual daging import Rahmah dengan harga RM14.90 sekilogram.
Namun, tentunya bukan semua orang berpeluang mendapatkan harga Rahmah bagi persiapan Syawal tahun ini.
Suka atau tidak, sepanjang musim perayaan ini, kita sama ada sebagai tuan rumah dan juga tetamu, masing-masing perlu beringat.
Pesan pada anak-anak termasuk mak dan ayahnya juga, tidak terkecuali diri kita sendiri agar ingat amaran-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 27.
Menjamah juadah raya nanti usah tamak. Sikap melampaui batas hanya memudaratkan. Ambil lauk sampai menimbun di pinggan, akhirnya, makanan terbuang.
Selepas keluar banyak wang dan tenaga untuk menyiapkan juadah raya, tentulah amat membazir jika makanan tidak dihabiskan. Lainlah, jika dalam Aidilfitri ini, anda mahu menjadi kawan kepada ‘makhluk’ itu.
BACA JUGA Anak perantau teruja balik kampung, bantuan Rahmah banyak membantu
Â