PRN Terengganu: Kertas litmus perkongsian kuasa
Pilihan raya negeri Terengganu adalah menarik untuk diamati dalam konteks gabungan PH-BN menentang PN.
Ini kerana ia akan membuktikan sejauh mana Umno-BN sanggup bekerjasama dengan PH dalam keadaan PH tidak mempunyai waima satu kerusi sekalipun.
Ia kertas litmus yang akan menunjukkan keikhlasan BN dalam perkongsian kuasa di peringkat Terengganu.
Buat masa sekarang, Pas menawan 22 kerusi manakala Umno-BN mendapat baki 10 kerusi.
Rata-rata kerusi yang dimenangi Umno-BN adalah dengan majoriti sekitar 1000 undi sahaja.
Pakatan Harapan gagal memenangi satu kerusi pun.
Majoriti kerusi Pakatan Harapan ditanding oleh Amanah.
Banyak juga kerusi PH sebelum ini telah diberikan kepada Bersatu yang kini bersama Pas dalam Perikatan Nasional.
PKR pula pula bertanding di 10 kerusi.
Kerusi -kerusi tersebut adalah seperti berikut: Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bandar
Kerusi selebihnya adalah seperti berikut: Alur Limbat, Telemung, Kuala Berang, Rantau Abang, Air Puteh.
Dengan ketiadaan Bersatu di dalam Pakatan Harapan, Amanah wajar mendapat lebih banyak kerusi. Begitu juga dengan PKR.
Persoalannya, sejauh manakah kerjasama yang terbina di antara Umno, Amanah dan PKR?
Harus kita ingat bahawa kesemua parti yang bertanding di Terengganu adalah parti Melayu Islam baik dari Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.
Ini bermakna kumpulan penyokong utama adalah Melayu Islam.
Pengundi bukan Melayu di Terengganu tidak akan dapat mempengaruhi pola pengundian di kesemua 32 Dun.
MCA sendiri hanya bertanding di Dun Bandar yang mempunyai 36% pengundi Cina tetapi tidak berjaya.
PRN Terengganu dijangka berlangsung selepas bulan Jun.
Selain Terengganu, negeri lain yang akan turut menyaksikan pilihan raya negeri adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
BACA JUGA: Sultan Terengganu: Raikan kepelbagaian, kekalkan toleransi
Â