Rumah Terbuka PM di Hotel Raia, Alor Setar 29 April
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri mulai Sabtu 29 April depan di hotel Raia, Alor Setar, Kedah.
Majlis yang pertama dari enam siri rumah terbuka itu akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang dengan PM Anwar menjadi tuan rumahnya.
Majlis kedua pula akan diadakan pada 7 Mei di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang mulai jam 11 pagi hingga 2 petang, kawasan yang pernah di wakili Anwar sejak sekian lama sebelum ini.
Selepas itu, PM Anwar akan mengadakan rumah terbuka di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pula mulai jam 11 pagi hingga jam 2 petang.
Pada 12 Mei, PM Anwar akan bertemu dengan penduduk Kelantan pula dalam majlis rumah terbuka. Ia akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu mulai jam 7 petang hingga 10.30 malam.
Pada keesokan harinya iaitu pada 13 Mei, PM Anwar akan bertemu dengan rakyat Terengganu di Dewan Muktafi Billah Shah, Unisza, Kuala Terengganu. Majlis ini juga akan diadakan mulai jam 7 petang hingga 10.30 malam.
Majlis rumah terbuka terakhir akan diadakan pada 14 Mei di kawasan komersial fasa 3, Taman Seri Gombak, Selangor mulai jam 8 hingga 11 malam.
PM Anwar memecahkan tradisi dengan tidak mengadakan rumah terbuka di Seri Perdana tetapi enam buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor untuk membolehkan lebih ramai rakyat dari seluruh negara dapat bersama-sama dengan beliau.
BACA JUGA PRN Terengganu: Kertas litmus perkongsian kuasa
Â