Segamat rekodkan bacaan tidak sihat

Setakat pukul 10 pagi, Indeks Pencemaran Udara hanya merekodkan Segamat dengan 125 mempunyai bacaan tidak sihat.

Segamat merupakan antara kawasan terawal yang mencatatkan bacaan tidak sihat.

Bagaimanapun trend ini tidak berlaku di bandar-bandar lain di Johor.

Malahan, trend udara sihat pula di Pengerang dan Kota Tinggi dengan bacaan masing-masing 29 dan 38.

Bandar-bandar lain di Maalysia yang turut merekodkan udara sihat ialah Kulim di Kedah dan Taiping di Perak; Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis dan Keningau di Sabah;

Kawasan udara sihat di Sarawak ialah Limbang, Kapit, Sibu, Sarikei, Samarahan, Kuching dan Serian.

Bacaan dalam julat 0-50 adalah baik. Bacaan sederhana adalah di antara 51 hingga 100.

Bacaan tidak menyihatkan ialah di antara 101 hingga 200.

Bacaan antara 201 hingga 300 adalah sangat tidak menyihatkan.

Bacaan 300 ke atas adalah merbahaya.

51 kawasan lain merekodkan kualiti udara sederhana. Bacaan penuh indeks boleh diperoleh di sini.

Â