Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri PRN
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal melangsungkan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Kedah menjadi lokasi pertama program buat julung kali diadakan itu sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.
Bermula 10 pagi hingga 2 petang, majlis itu diadakan di Hotel Raia di Alor Setar pada 29 April ini.
Ini diikuti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing pada 6 dan 7 Mei.
Sementara itu, Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu masing-masing dijadualkan pada 12 dan 13 Mei.
Rumah terbuka sempena Syawal ini bakal melabuhkan tirai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 14 Mei depan.
BACA JUGA Kit Siang: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Hadi