Ooo kamu buat kat Shah Alam takpa no…
Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor menyifatkan majlis hari raya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Kedah sebagai kempen politik dan membazir dikecam oleh pemimpin Pakatan Harapan Kedah.
Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Sharif berkata, sebelum mengecam program Anwar, Sanusi sendiri mengadakan majlis di Shah Alam atas nama kerajaan negeri.
“Nak tanya Sanusi, sewaktu Sanusi adakan program berbuka puasa untuk anak Kedah di perantauan di IDCC Shah Alam pada 9 April 2023 hari tu guna duit siapa?
“Tak membazir ka buat program seperti itu? Program itu bukan kempen ka?” tanya bekas calon PH di Jerai itu.
Bagi beliau, membazir bukan kira berapa kali.
“Jika Perdana Menteri buat 6 kali membazir, Sanusi buat sekali pun tetap membazir.
“Bezanya sekali dengan 6 kali. Bazir tetap bazir jika nak kira bazir.
“Jangan kerana orang lain buat kita kata membazir tapi kita konon atas nama Parti Islam tidak membazir,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Kedah, bahawa Sanusi ini jadi Menteri Besar Kedah bukan sebab parti dia menang majoriti semasa PRU14 dulu.
“…tetapi dia jadi Menteri Besar disebabkan pengkhianatan Adun dari Bersatu dan KeADILan ketika itu.
“Jadi Menteri Besar pun sebab khianat, jangan sembang suci sangat,” katanya.
BACA JUGA (Kartun) Menteri Besar atau Mr Clown?