Penceramah pro Pas, pesuruhjaya Perak ‘koyak’ harga simen turun

Bukan sahaja kalangan penyokong tegar Pas atau ‘walaun’, penceramah dan pemimpin parti pembangkang itu juga dilihat ‘koyak’ dengan keputusan Kerajaan Perpaduan menurunkan harga simen.

Penceramah yang terkenal dalam kalangan penyokong Pas, Abdullah Khairi Harun dalam satu komentarnya di media sosial secara sinis bersyukur dengan langkah yang bakal memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 itu.

Abdullah Khairi Harun

Dia yang pernah menggelar Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, sebagai Mat Sabun turut menanda Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dalam komentar tersebut.

“Syukurlah Pak Teh Haji Razman Zakaria! Simen dah turun…,” katanya yang dikenali gemar menjerkah semasa berceramah.

Sehubungan itu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol turut ‘membahan’ langkah kerajaan mengurangkan harga simen.

Justeru, Razman yang pernah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan Perdana Menteri membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam reaksinya menyebut tentang kuih keras.

“Kalau kuih keras, jangan tanya sebab apa,” tulisnya yang turut pernah diperintah oleh mahkamah pada 2017 supaya membayar RM200,000 kepada bekas ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga berkaitan kes saman fitnah.

Razman Zakaria

Pada 18 April lalu iaitu menjelang lagi empat hari Aidilfitri, Anwar mengumumkan penurunan harga simen kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah.

Inisiatif itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.

Kerajaan menjangkakan insentif tersebut mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.

Selain penurunan harga simen, Anwar turut memaklumkan enam lagi berita baik sempena ketibaan Syawal iaitu tol Rahmah percuma dan tambahan hari kelepasan am.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengumumkan diskaun khas pengusaha Menu Rahmah, kadar khas bayaran saman, RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan jalan, serta pelepasan lebih 1,000 Orang Bebas Berlesen (OBB) dari penjara.

Walau bagaimanapun, penyokong, penceramah dan pemimpin Pas dilihat cenderung menjadikan isu penurunan harga simen sebagai bahan sindiran mereka terhadap kerajaan Madani.

Masih gagal menerima realiti bergelar pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pas dilihat sakan berusaha untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

BACA JUGA ‘Yang bukan-bukan dia kasi’ – Kalau dah walaun…

Â