Ribuan serbu majlis rumah terbuka AMANAH Kedah

Ribuan rakyat negeri Kedah yang terdiri dari pelbagai kaum dan golongan masyarakat telah membanjiri Teratak Chubani, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar meraikan sambutan Aidlfitri AMANAH negeri Kedah.

Walaupun hujan turun renyai-renyai ia tidak langsung menghalang hadirin berganjak dari menjamu pelbagai juadah yang disediakan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu malam tadi.

Ribuan sertai majlis hari raya AMANAH Kedah.

Majlis turut diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s. a. w serta tembakan bunga api bagi menyerikan sambutan tersebut.

Turut hadir dalam majlis malam tadi ialah Pengerusi AMANAH negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kedah, Datuk Wira Mahfuz Omar serta pimpinan AMANAH, PKR, DAP dan BN-Umno negeri Kedah.