Kerajaan setuju peruntukan untuk pembangkang, kata Zahid

Kerajaan setuju pada dasarnya untuk menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang namun buat permulaan ini terhad bagi perbelanjaan pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, perkara itu sedang diperhalusi dan dibincangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan pihak pembangkang dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim.

“Timbalan Perdana Menteri II yang uruskan, beliau yang mengadakan siri perbincangan bersama wakil pembangkang bagi memuktamadkan keputusan.

“Di peringkat awal kita setuju (beri peruntukan) untuk perbelanjaan pentadbiran, perkara ini akan diumumkan sendiri perdana menteri selepas semua (proses rundingan) selesai,” katanya sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insight.