“Patut boleh berlari ke mana sahaja. Ini cara PMX ye.”

“Patut boleh berlari ke mana sahaja. Ini cara PMX ye.”

Itulah antara kata-kata netizen apabila mengulas kegiatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari raya ke 6.

Anwar memaparkan gambar-gambar beliau bersenam bersama rakan-rakannya di perkarangan rumah beliau.

PM Anwar berjoging di sekitar rumah beliau di hari raya ke 6.

“Pagi tadi meluangkan masa bersenam dan jog di sekitar rumah. Alhamdulillah,” tulis PM Anwar melalui facebook beliau pagi ini.

Sehingga sekarang gambar PM Anwar berlari memasuki Dewan Rakyat untuk menjawab soalan dalam sessi PM Question Time (PMQT) masih menjadi ingatan orang ramai.

Anwar berlari masuk ke Dewan Rakyat untuk menjawab soalan ahli parlimen pembangkang, tiba-tiba mereka ponteng pula. KLIK LIHAT VIDEO.

Ini kerana, dengan umurnya yang sudah memasuki 75 tahun, Anwar dilihat sangat segar dan sihat.

Beliau boleh berada di mana sahaja di dalam dan luar negara.

Pada waktu pagi beliau dilihat berada di Pulau Pinang, esoknya di Kuala Lumpur dan pagi esoknya berada di Kuala Terengganu pula.

Mohdfiq Fiq menulis, “Terbaik PMX DSAI… Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik utk DSAI untuk mentadbir negara Malaysia terbaik terus maju.”

Shahrom Mohd Abd Rahman pula menulis, “semoga diberi kesihatan yg berterusan untuk membimbing negara ke arah kecemerlangan.”

Chang Tan pula mengulas, “Mesti penat body guard nak kejar, PMX dah veteren, tapi lari boleh tahan lagi.”

 

BACA JUGA Selepas kera, babi dan anjing, Hadi kiaskan seluang dan semut pula

JUGA 15 MP BN sahaja tidak cukup untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan